Sunday, November 01, 2009

Info tentang HYPEREMESIS GRAVIDARUM

gambar sekadar hiasan.masa tgk thunderbirds buat air show kat pangkalan udara subang
Allamdulillah aku beransur pulih dan sihat bila dah masuk 3 bulan nih. Cuma muntah sket2 jer. Insyaallah aku akan masuk keje esok. Sebulan aku tak keje....En.Boss pun dah panas montot 2x call aku suruh masuk keje. En. Boss mmg gelabah puyuh...
Masa aku pregnant kan Khayra pun mengalami keadaan yang sama. Mabuk teruk asyik kuar masuk hospital. Apepon aku bersyukur kerana nie sakit biasa bagi org pregnant. Tak menjejaskan baby dalam kandungan seperti sakit darah tinggi, kencing manis dan lain2. Cuma mak nya yang azab yooo... sampai 30x muntah dalam sehari. Khayra lahir dulu pon sihat walafiat bebas dari sebarang penyakit. So kali nie pon aku tak risau sebab dah ada experience.
Aku nak kongsi info tentang HYPEREMESIS GRAVIDARUM (loya yang teruk). Majoriti wanita pregnant akan mengalami loya2 pada waktu pagi (70%-80%) namun 1% drp wanita pregnant akan mengalami loya yg teruk dipanggil HYPEREMESIS GRAVIDARUM (spesis aku ler tuuu). Dipercayai berpunca drp perubahn paras hormon dlm badan namun punca sebenar masih belum diketahui. Ia dikategorikan oleh muntah dan loya yg teruk, kurang air dlm badan (dehidrasi), turun berat badan dan gangguan keseimbangan elektrolit dlm badan. Kes ringan boleh dirawat dgn mendapatkan rehat yg cukup. Namun kes yg lebih teruk perlu dirawat dihospital. Biasanya loya dan muntah akan hilang ketika kandungan mencapai usia 16 minggu.
Tips utk kurangkan loya dan muntah :-
1. Makan sedikit tetapi kerap. Elakkan perut anda drp kosong
2. Elakkan makanan bergoreng,berlemak atau pedas
3. Pilih makanan yg mudah dihadam seperti buah,nasi,pasta,kenang,roti bakar & bijiran kering
4. Elakkan minum semasa makan. Tunggu 30 mint selepas makan utk minum air.
5. Minum jus buah contoh nya epal atau anggur
6. Letakkan roti atau biskut berhampiran katil utk anda makan sekiranya lapar pd tgh malam
7. Bangun drp katil dgn perlahan.
8. Elakkan minuman yg berkafein
9. Elakkan tmpt yg panas dan sempit. Suasana panas boleh merangsang loya.
*Sumber dipetik drp PTJ Dietetik Pusat Perubatan Universiti Malaya

4 comments:

+NADS+ said...

demimu anak ape saja kan ida...
huhu..hope ida cepat sht...take care yer...
ramao tul ngandung skrg nih...rase teringin, tp hazim kocik lagiiii...huhu

Cik Puan*PIE said...

xpe..psni dh ok leh mkn bnyk2 lak..cover yg muntah2 tu...

eLLy said...

thanks for the info...
mana la tau berguna untuk aku satu hari nanti kan.. Insyallahhh

mummysyafie said...

sian kat ko da..hopefully pas ni alahan dah beransur dah yer